Tuesday, April 21, 2015

Ceramah Perdana bersama YBhg Dato' Ustaz Hj Ismail Kamus

Tarikh : 19hb April 2015
Masa : Selepas Maghrib

Assalamualaikum wbkth,

Alhamdulillah, sukacita pihak Surau At-Taqwa GCH S2 telah membawa seorang tokoh agama tersohor tanah air YBhg Dato' Ustaz Hj Ismail bin Kamus yang menyampaikan ceramah bertajuk "Malam Pertama Di Alam Kubur".

Melalui promosi dan kecanggihan teknologi maklumat masa kini, dan juga reputasi YBhg Dato' yg sangat dihormati, program ini telah mendapat sambutan yang sungguh luar biasa sehingga ramai hadirin yang datang dari GCH dan luar Seremban tidak dapat tempat duduk dan terpaksa berdiri hingga ke luar kawasan Surau.

Walau pun dalam keadaan kesihatan yang agak uzur, namun semangat dan iltizam YBhg Dato' untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat tetap tinggi dan beliau telah berjaya menarik minat hadirin dengan penyampaian yang santai, ringkas dan sesekali mencuit hati para hadirin.

Pihak Surau At-Taqwa GCH S2 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg Dato' Ustaz Hj Ismail Kamus atas kesudian menjejak kaki ke Surau kami. Tak ketinggalan kami mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin yang datang jauh dan dekat semoga mendapat ilmu yang bermanfaat. InsyaAllah.

Mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan semasa program ini berlangsung. Pihak Surau akan mengenal pasti sebarang kelemahan untuk diperbaiki di masa depan.

Terima kasih jua dari pihak Surau kepada para dermawan yang telah sudi menyumbang wang ringgit, juadah, tenaga, masa dan buah fikiran dalam menjayakan program majlis ilmu ini. Semoga keikhlasan tuan/puan akan mendapat ganjaran di sisi Allah swt.
Aamiin..

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment