Thursday, April 23, 2015

Peta Lokasi ke Surau At-Taqwa

GPS Coordinate 2°41'22.4"N 101°54'18.1"E

Tuesday, April 21, 2015

Ceramah Perdana bersama YBhg Dato' Ustaz Hj Ismail Kamus

Tarikh : 19hb April 2015
Masa : Selepas Maghrib

Assalamualaikum wbkth,

Alhamdulillah, sukacita pihak Surau At-Taqwa GCH S2 telah membawa seorang tokoh agama tersohor tanah air YBhg Dato' Ustaz Hj Ismail bin Kamus yang menyampaikan ceramah bertajuk "Malam Pertama Di Alam Kubur".

Melalui promosi dan kecanggihan teknologi maklumat masa kini, dan juga reputasi YBhg Dato' yg sangat dihormati, program ini telah mendapat sambutan yang sungguh luar biasa sehingga ramai hadirin yang datang dari GCH dan luar Seremban tidak dapat tempat duduk dan terpaksa berdiri hingga ke luar kawasan Surau.

Walau pun dalam keadaan kesihatan yang agak uzur, namun semangat dan iltizam YBhg Dato' untuk menyampaikan ilmu kepada masyarakat tetap tinggi dan beliau telah berjaya menarik minat hadirin dengan penyampaian yang santai, ringkas dan sesekali mencuit hati para hadirin.

Pihak Surau At-Taqwa GCH S2 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YBhg Dato' Ustaz Hj Ismail Kamus atas kesudian menjejak kaki ke Surau kami. Tak ketinggalan kami mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin yang datang jauh dan dekat semoga mendapat ilmu yang bermanfaat. InsyaAllah.

Mohon maaf sekiranya terdapat kekurangan dan kelemahan semasa program ini berlangsung. Pihak Surau akan mengenal pasti sebarang kelemahan untuk diperbaiki di masa depan.

Terima kasih jua dari pihak Surau kepada para dermawan yang telah sudi menyumbang wang ringgit, juadah, tenaga, masa dan buah fikiran dalam menjayakan program majlis ilmu ini. Semoga keikhlasan tuan/puan akan mendapat ganjaran di sisi Allah swt.
Aamiin..

Terima kasih.

Kursus Umrah & Haji Perdana serta Taklimat Ziarah Palestine

Tarikh : 12hb April 2015
Masa : 9.00 am - 12.30pm
Penceramah : Ustaz Abdullah Khairi bin Hj Haroon

Assalamualaikum wbkth,

Alhamdulillah berkat kerjasama YBhg Ustaz Abdullah Khairi dan Surau At-Taqwa GCH S2 program Kursus Umrah & Haji Perdana serta Taklimat Ziarah Palestine telah berlangsung dengan lancar dihadiri oleh ahli kariah Surau dan jemaah dari sekitar Negeri Sembilan.

Para hadirin telah mendapat ilmu yang sangat berharga dari Ustaz Abdullah Khairi yang memang memiliki ilmu dan pengalaman yang luas dalam program umrah dan haji.

Pihak Surau merakamkan setinggi penghargaan kepada semua yang hadir menyertai program ini dan kepada semua yang telah memberi sumbangan kewangan, masa, tenaga dan buah fikiran dalam menjayakannya. Semoga sumbangan tuan/puan mendapat ganjaran di sisi Allah swt. InsyaAllah.

Terima kasih.

Saturday, March 28, 2015

Program & Aktiviti April 2015

Assalamualaikum wbkt,

Berikut adalah program dan aktiviti Surau At-Taqwa bagi bulan April 2015. Semua muslimin muslimat dijemput hadir :


8 & 22 April (Rabu ke2 & ke-4)

Kuliah Maghrib feqah bersama Ustaz Syed Muhammad bin Syed Anwar  dengan kitab 
Safinaz An-Naja Fi-Ilmi Al-Fiqh. 




3, 10, 17 & 24 April (Setiap Jumaat)

Kuliah Maghrib mingguan bersama Ustaz Azman Aziz 
dengan kitab Hidayatus Salikin.
Ustaz Azman










6, 13, 20 & 27 April (setiap Isnin @ selepas Maghrib)

Kelas Tajwid Al-Quran bersama Ustaz Kushairain Mohd Ibrahim.

Kelas Tajwid


Kursus Umrah, Haji & Taklimat Ziarah Palestine oleh
YBhg Ustaz Abdullah Khairi









11 & 25 April (Sabtu ke 2 & 4)

Kuliah Maghrib  bersama YBhg Ustaz Zulhelmi (USIM)
dengan kitab Riyadhus Shalihin Imam Nawawi.
Ustaz Zulhelmi



19 April (Ahad selepas Maghrib)

Ceramah Perdana "Malam Pertama Di Alam Kubur" bersama YBhg Dato' Ustaz Hj Ismail Kamus.



Terima kasih. Wassalam.  

Friday, March 27, 2015

Permohonan Mengadakan Solat Jumaat

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, pada 26/3/15 Pengerusi Surau At-Taqwa , Tn Hj Ramli bersama Bilal, En Mohamed telah secara rasmi menyampaikan kertas kerja permohonan kepada Jabatan Agama Islam Seremban memohon mengadakan semula solat Jumaat di Surau At-Taqwa S2. Salinan yang sama juga telah selamat dipanjangkan ke Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Sembilan pada hari ini 27/3/2015.

Permohonan ini juga telah mendapat sokongan penuh dari Persatuan Penduduk GCH dan organisasi berdekatan seperti SMK S2, Pasaraya Besar Mydin, Kastam Diraja Malaysia, LPPKN dan Kolej Teknologi Alpha. Walau bagaimana pun, permohonan ini akan melalui beberapa proses penilaian dan pemantauan oleh jabatan-jabatan berkenaan memandangkan terkini solat Jumaat sudah diadakan di Masjid Hussain, surau di Garden Homes dan di Rasah Kemayan (mula 17/4/2015).

Apa pun marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah agar mempermudahkan urusan pihak Surau At-Taqwa dalam permohonan ini untuk kemudahan ahli kariah kita, anak-anak dan jemaah sekitar GCH InsyaAllah..

Sunday, March 1, 2015

Ceramah Perdana - Ustaz Abdullah Khairi

Assalamualaikum wbkth,

Tarikh ceramah : 28 Feb 2015
Masa : Selepas Maghrib

Alhamdulillah majlis ceramah Perdana telah berlangsung dengan lancar. Seperti yang dijangka ceramah Ustaz Abdullah Khairi telah mendapat sambutan hebat dari ahli kariah Surau At-Taqwa dan muslimin muslimat dari luar GCH yang ingin mendengar ceramah secara 'live' oleh Ustaz yang sangat popular di YouTube ini. Ustaz Abdullah Khairi juga berjaya menarik minat semua golongan usia dengan menyentuh isu semasa dan penyampaian yang lantang, ilmiah dan menghiburkan.

Pihak Surau ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada jemaah yang hadir menyokong program Surau, para penaja kewangan , juadah dan yang menyumbang masa dan tenaga dalam menjayakan program ceramah Perdana ini.

Semoga pihak Surau akan terus berusaha menjalankan aktiviti dan program seperti ini di masa yang akan datang. InsyaAllah..

Friday, February 27, 2015

Program & Aktiviti Feb/Mac 2015

Assalamualaikum wbkt,

Berikut adalah program dan aktiviti Surau At-Taqwa . Semua muslimin muslimat dijemput hadir :

Ustaz Azman
27 Feb - 27 Mac (setiap Jumaat)
Kuliah Maghrib mingguan bersama YBhg Ustaz Azman Aziz dengan kitab Hidayatus Salikin.




28 Feb (Sabtu @ 10am)
Gotong Royong membersihkan kawasan surau.


28 Feb (Sabtu @ selepas solat Maghrib)
Ceramah Perdana "Cabaran Umat Islam Masa Kini" oleh YBhg Ustaz Abdullah Khairi


2 Mac - 30 Mac (setiap Isnin @ selepas Maghrib)
Kelas Tajwid Al-Quran bersama YBhg Ustaz Kushairain Mohd Ibrahim.

Kelas Tajwid
14 Mac & 28 Mac (Sabtu minggu 2 & 4)
Kuliah Maghrib dwi mingguan bersama YBhg Ustaz Zulhelmi (USIM) dengan kitab Riyadhus Shalihin Imam Nawawi.
Ustaz Zulhelmi





Terima kasih. Wassalam.  
































































































Thursday, February 26, 2015

Perlantikan Pengurusan Baru Sesi 2015/2016

Assalamualaikum wbkt,

Pada 18 Januari 2015, Mesyuarat Agung Tahunan Surau At-Taqwa telah bersetuju melantik pengurusan dan ahli jawatan kuasa (AJK) baru untuk menerajui Surau bagi tempoh 2 tahun yang berikutnya. Semoga Allah swt mempermudahkan segala urusan dalam melaksanakan tugasan yang diamanahkan ini. Insya Allah..

Tidak lupa juga pihak Surau ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada barisan AJK Pro-tem dan Sesi 2012-2014 yang telah menjalankan tugas dengan jayanya dalam mentadbir Surau At-Taqwa. Semoga Allah swt membalas segala bakti dan jasa yang telah ditabur sepanjang lebih tiga tahun tersebut. Aamiin..

Pihak Surau juga amat mengalu-alukan sebarang input/komen/kerjasama dari mantan AJK dan ahli kariah bagi tujuan penambahbaikan operasi, mempertingkatkan jumlah ahli jemaah Surau di samping mengeratkan ukhwah khasnya di kalangan muslimin muslimat dalam kariah kita ini.

Terima kasih.

Wassalam

Jom Imarahkan Surau Kita!

"Al-hamdu Lillaahi naahmaduhu wa nasta’eenahu wa nastaghfiruhu, wa na’oodhu billaahi min shuroori anfusinaa wa min sayi’aati a’maalinaa. Man yahdih Illaahu falaa mudilla lahu wa man yudlil falaa haadiya lahu. Wa ashhadu an laa ilaaha ill-Allaah wa ashhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasooluhu.."
(Praise be to Allah, we seek His help and His forgiveness. We seek refuge with Allah from the evil of our own souls and from our bad deeds. Whomsoever Allah guides will never be led astray, and whomsoever Allah leaves astray, no one can guide. I bear witness that there is no god but Allah, and I bear witness that Muhammad is His slave and Messenger). 

Assalamualaikum wbkt,

Surau At-Taqwa, Garden City Homes Seremban 2 mula beroperasi sekitar penghujung 2011 setelah disiapkan pembinaannya hasil dana sumbangan orang ramai. Surau At-Taqwa kini menjadi medan solat jemaah, majlis ilmu dan lain-lain aktiviti agama dan kemasyarakatan bagi penduduk Islam sekitar S2. Surau ini juga diimarahkan oleh kakitangan kerajaan & swasta serta pelajar-pelajar di institusi pengajian yang berhampiran.

Semoga pihak pengurusan Surau At-Taqwa akan terus berusaha menarik lebih ramai jemaah untuk mengimarahkan rumah Allah ini dengan aktiviti-aktiviti ilmiah yang dapat memberi manfaat dan mengeratkan silaturrahiim di kalangan umat islam setempat khasnya. Insya Allah..

Terima kasih.

Wassalam.